Injil Tuhan Yesus Kristus dalam bahasa Melayu (The Gospel in Malay | Malaysia)

“Pada mulanya, ketika Tuhan mula menciptakan alam semesta,”
(KEJADIAN 1:1)

“Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Tuhan yang menyelamatkan mereka.”
(ROMA 3:23)

“Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.”
(ROMA 6:23)

“Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.”
(1 KORINTUS 15:3-‬4)

“Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Tuhan selama-lamanya.”
(YOHANES 3:16, ‬36)

“Yesus menjawab, “Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Tuhan kecuali dia dilahirkan semula.”
(YOHANES 3:3)

“Bertaubatlah daripada dosa kamu,” katanya, “kerana tidak lama lagi Tuhan akan memerintah!”
(MATIUS 3:2)

“Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa “Yesus itu Tuhan,” dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Tuhan sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan.”
(ROMA 10:9)